Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Heng Swee Keat dinaikkan pangkat ke DPM mulai 1 Mei

Menteri Kewangan Heng Swee Keat dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri (DPM) mulai 1 Mei. Demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa (23 Apr) sebagai sebahagian daripada perubahan Kabinet. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Apr 2019 04:47PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 09:32PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee Keat dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri (DPM) mulai 1 Mei. Demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Selasa (23 Apr) sebagai sebahagian daripada perubahan Kabinet.

Dua DPM sekarang, Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam, pula akan menjadi Menteri Kanan dan mereka kekal di dalam kabinet.

Kenyataan lengkap PMO di bawah:

1. Perdana Menteri akan membuat perubahan-perubahan berikut kepada Kabinet mulai 1 Mei 2019.

2. Encik Heng Swee Keat akan dinaikkan pangkat ke Timbalan Perdana Menteri. Beliau akan kekal sebagai Menteri Kewangan, dan terus menyandang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Ekonomi Masa Hadapan serta Yayasan Penyelidikan Nasional. Beliau akan dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri apabila Perdana Menteri di luar negara.

3. Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam akan melepaskan jawatan masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka akan dilantik sebagai Menteri Kanan dan kekal dalam Kabinet. Encik Teo akan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara. Encik Tharman akan menyandang juga jawatan sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial. Beliau akan terus menasihati Perdana Menteri berkenaan dasar-dasar ekonomi. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan