Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Heng Swee Keat alu-alukan kerjasama dengan kerajaan baru M'sia

Menteri Kewangan Heng Swee keat hari ini (11 Mei) berkata bahawa beliau mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan baru Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 May 2018 04:18PM Dikemas Kini : 11 May 2018 10:09PM

SINGAPURA: Menteri Kewangan Heng Swee keat hari ini (11 Mei) berkata bahawa beliau mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan baru Malaysia.

"Kami akan sentiasa bekerjasama dengan rakan utama kami," kata beliau di pejabat baru PwC di Marina One.

"Dan terutama sekali Malaysia, yang juga merupakan rakan rapat kami, agar kedua-dua negara boleh terus mencatat kemajuan dan ASEAN sebagai sebuah kumpulan serantau boleh terus kekal bersemangat, stabil dan makmur."

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad sudahpun membentangkan beberapa pelan untuk memperbaiki ekonomi negara itu selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia semalam (10 Mei).

Kerajaan baru Malaysia itu akan menumpukan perhatian kepada kewangan negara itu dan pengurusan ekonominya serta Malaysia akan kekal sebagai negara yang mesra perdagangan, tegas Dr Mahathir.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula semalam berkata bahawa Singapura menikmati hubungan baik dan kerjasama rapat dengan Malaysia buat bertahun lamanya, dengan setiap pemimpin negara itu.

"Kami mengalu-alukan usaha membangunkan hubungan yang membina bagi kedua-dua pihak dengan kerajaan baru Malaysia dan untuk bekerjasama dengan mereka bagi membawa hubungan dua pihak kami ke peringkat selanjutnya dan memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, " demikian menurut beliau dalam catatan Facebook.

PwC MEMBUKA PEJABAT BARU

Berucap sebagai tetamu terhormat di pembukaan pejabat baru PwC, Encik Heng berkata bahawa pada masa hadapan, tempat kerja merupakan salah satu aspek penting dalam ekonomi masa depan.

"Tempat bekerja bukan saja meja di mana kami berkumpul dan bekerja," kata beliau.

"Tempat bekerja adalah di mana sekumpulan individu berkongsi tujuan sama, misi sama dan ruang sama yang membolehkan daya kreatif penduduk kami digembleng bagi memikirkan idea besar, menarik untuk melakukan kerja dan bekerjasama dengan satu sama lain serta mencabar satu sama lain."

Pengerusi Eksekutif PwC Singapore Yeoh Oon Jin berkata bahawa PwC sentiasa memperbaiki diri.

"Kami sentiasa memperbaiki diri supaya dapat mendahului pesaing," kata beliau. "Berpindah ke pejabat ini adalah salah satu daripada rancangan untuk memperbaiki diri." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan