Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB teroka rumah lebih sejuk, cetakan 3D bagi flat masa depan

Flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang lebih sejuk mungkin menjadi suatu realiti buat warga Singapura tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
HDB teroka rumah lebih sejuk, cetakan 3D bagi flat masa depan
Diterbitkan : 23 Jul 2019 02:22PM Dikemas Kini : 23 Jul 2019 02:25PM

SINGAPURA: Flat-flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang lebih sejuk mungkin menjadi suatu realiti buat warga Singapura tidak lama lagi.

Di Kongres R&D Kemampanan Bandar 2019 pada Selasa (23 Jul), HDB memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Evonik (Asia Tenggara) untuk menggunakan bahan berasaskan silikon baru firma tersebut dalam pembuatan bumbung flat HDB. Ini akan menawarkan perlindungan haba lebih baik di Singapura.

Dipanggil Calostat, penebatan tersebut boleh mengurangkan suhu sekitaran di flat HDB sehingga 2 darjah Celsius.

Ujian awal dijangkakan bermula pada suku pertama 2020 dan Calostat juga mungkin digunakan untuk bahagian lain bangunan tersebut jika terbukti berjaya, menurut HDB dalam kenyataan medianya.

Selain itu, HDB dan Evonik juga sedang berusaha menghasilkan pracampuran simen lebih baik bagi percetakan 3D komponen-komponen membangunkan HDB.

Berbeza dengan proses penghasilan prapasang kebiasaannya, percetakan 3D akan menyingkatkan masa yang diperlukan untuk membina flat dan akan menawarkan pembeli lebih banyak pilihan reka bentuk bagi rumah mereka.

Ia juga akan menangani isu kekurangan buruh dalam industri binaan serta meningkatkan daya pengeluaran para pekerja.

HDB turut memeterai MoU bersama V-Key untuk mengkaji peningkatan yang mungkin boleh dilaksanakan terhadap sistem kehidupan bijak sedia ada HDB, yang sudahpun tersedia di flat-flat baru di Punggol Northshore.

Kajian itu diharapkan dapat menyepadukan peralatan pintar daripada pelbagai jenama untuk mewujudkan pengalaman yang lancar bagi pengguna rumah HDB. Ini termasuk ciri-ciri seperti pencahayaan bijak, langsir bijak dan sensor pergerakan.

BANDAR-BANDAR MASA DEPAN

Di kongres tersebut, Menteri Pembangunan Negara (MND) Lawrence Wong juga mengumumkan bahawa S$70 juta daripada S$150 juta yang diperuntukkan sebelum ini diketepikan untuk kajian dan pengembangan di bawah program 'Cities of Tomorrow'.

HDB memeterai MoU bersama Evonik (Asia Tenggara) pada 23 Jul 2019.

HDB memeterai MoU bersama Evonik (Asia Tenggara) pada 23 Jul 2019.

Wang tersebut akan digunakan untuk menangani cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi Singapura pada masa kelak termasuk perubahan iklim serta untuk kekal sebagai bandar yang sesuai didiami.

Beliau juga mengumumkan inisiatif baru dipanggil 'Built Environment Technology Alliance' (BETA) yang akan membantu firma-firma mendapat akses kepada sektor sekitaran binaan iaitu teknologi baru serta mengurangkan kos.

Lima anugerah Penyelidikan dan Pengembangan (R&D) juga disampaikan oleh Encik Wong untuk "mengiktiraf dan menggalak usaha R&D yang menyerlah daripada Keluarga dan rakan-rakan kongsi MND".

Kedua-dua HDB dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) diberikan anugerah cemerlang, masing-masing untuk projek Hab Bijak (Smart Hub) dan Projek Wolbachia.

Projek Hab Bijak HDB adalah wadah data berpusat bagi 10,000 flat HDB merentasi 24 bandar, yang mengumpulkan data daripada khidmat estet bijak dan membangunkan alat kecerdasan perniagaan untuk pemantauan prestasi serta analitik data.

Projek Wolbachia oleh NEA bertujuan mengurangkan jumlah nyamuk denggi di Singapura dengan menghapuskan keupayaan nyamuk jantan untuk membiak.

Tiga lagi projek oleh Pneguasa Pasaran Tenaga (EMA), A*STAR dan HDB juga memenangi anugerah merit. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan