Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB lancarkan tender tapak EC di Anchorvale Crescent daripada Senarai Simpanan

Sebuah tapak kondominium eksekutif (EC) dalam Senarai Simpanan di Anchorvale Crescent ditawarkan untuk penjualan menerusi tender awam pada Jumaat (10 Ogos), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Anggaran Waktu Membaca:
HDB lancarkan tender tapak EC di Anchorvale Crescent daripada Senarai Simpanan

Pemandangan tapak tanah EC itu dari Anchorvale Street. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 01:00PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 01:07PM

SINGAPURA: Sebuah tapak kondominium eksekutif (EC) dalam Senarai Simpanan di Anchorvale Crescent ditawarkan untuk penjualan menerusi tender awam pada Jumaat (10 Ogos), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Sebanyak 550 unit kediaman boleh dibangunkan di tapak tanah seluas 17,137 meter persegi itu.

Ia dilancarkan daripada Senarai Simpanan Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) pada 25 Julai, selepas seorang pemaju hartanah bersetuju membuat bidaan sekurang-kurangnya S$255 juta.

Tapak-tapak tanah dalam Senarai Disahkan di bawah program GLS ditawarkan untuk penjualan tidak kira permintaan pasaran, manakala tapak-tapak tanah dalam Senarai Simpanan hanya dijual menerusi tender jika pemaju hartanah bersetuju untuk membuat tawaran pada harga yang diterima oleh pihak berkuasa penjualan tanah.

Tender bagi tapak EC di Anchorvale akan ditutup pada pukul 12.00 tengah hari pada 14 September, 2018. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan