Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB lancarkan 3,095 flat dalam penjualan BTO pertama 2020

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan 3,095 flat di bawah penjualan Bina-Ikut-Tempahan (BTO) bagi Februari 2020. Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (11 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
HDB lancarkan 3,095 flat dalam penjualan BTO pertama 2020

Toa Payoh Ridge, salah satu pembangunan yang disertakan dalam penjualan BTO pada Februari 2020. (Gambar: HDB)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 02:30PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 02:33PM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan 3,095 flat di bawah penjualan Bina-Ikut-Tempahan (BTO) bagi Februari 2020. Demikian menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (11 Feb).

Flat-flat itu, meliputi Flexi dua-bilik hingga unit tiga generasi, yang terletak di bandar belum matang di Sembawang serta bandar matang di Toa Payoh.

Canberra Vista terletak bersebelahan stesen MRT Canberra dan bertentangan jalan raya dari Canberra Plaza.

Canberra Vista, salah satu pembangunan yang disertakan dalam penjualan BTO pada Februari 2020. (Gambar: HDB)

(Canberra Vista, salah satu pembangunan yang disertakan dalam penjualan BTO pada Februari 2020. Gambar: HDB)

Harga bagi flat-flat Canberra Vista di Sembawang bermula dari S$89,000 untuk Flexi dua-bilik hingga S$355,000 bagi flat tiga generasi, tidak termasuk geran. Flat-flat tiga, empat dan lima bilik juga ditawarkan.

Kim Keat Ripples dibangunkan antara Toa Payoh East dengan Kim Keat Avenue manakala Toa Payoh Ridge terletak di persimpangan antara Lorong 1 Toa Payoh dengan Toa Payoh Rise.

Flat-flat tiga dan empat-bilik ditawarkan di Kim Keat Ripples serta Toa Payoh Ridge, dengan harga masing-masing bermula dari sekitar S$351,000 dan S$395,000, tidak termasuk geran.

Flat Flexi dua-bilik d Toa Payoh akan mempunyai tempoh pajakan 40 tahun. Ia hanya akan ditawarkan kepada golongan warga tua berusia 55 tahun dan ke atas "mengambil kira khidmat dan kemudahan jagaan warga tua yang disediakan di kawasan itu", menurut HDB.

Flat-flat itu tertakluk kepada tempoh sewa yang singkat antara 15 hingga 45 tahun, dengan kenaikan setiap 5 tahun.

HDB juga akan menawarkan flat tiga bilik dengan dapur dan ruang utiliti bersepadu di Canberra Vista serta Toa Payoh Ridge.

Kim Keat Ripples, salah satu pembangunan yang disertakan dalam penjualan BTO pada Februari 2020. (Gambar: HDB)

(Keat Ripples salah satu pembangunan yang disertakan dalam penjualan BTO pada Februari 2020. Gambar: HDB)

"Pemilik rumah yang mahu mengasingkan dapur daripada ruang utiliti boleh menambahkan sebuah penghadang semasa kerja ubah elok mereka."

Flat Flexi dua bilik dengan ruang fleksibel juga akan diperkenalkan di kejiranan-kejiranan tersebut.

Pembeli warga tua yang membeli flat sedemikian boleh memanfaatkan Skim Komponen Pilihan. Skim itu menyediakan flat tersebut dengan kelengkapan mesra warga tua seperti pintu berlipat yang membolehkan mereka untuk menggunakan ruang itu bagi menampung seorang penjaga atau melayan pengunjung.

SUBSIDI MURAH HATI HDB

Flat baru itu diberi subsidi tinggi dengan harga "jauh lebih rendah" berbanding harga urus niaga flat jualan semula di kawasan sekitar, menurut HDB.

Flat Flexi dua bilik diletakkan pada harga berdasarkan tempoh pajak yang dipilih, tambahnya.

Keluarga kali pertama yang layak juga akan menerima sehingga S$80,000 di bawah Geran Perumahan CPF yang Dipertingkatkan (EHG) yang diumumkan tahun lalu. Di bawah geran tersebut, pembeli boleh membayar sekurang-kurangnya S$9,000 untuk flat Flexi dua bilik, S$102,000 untuk tiga bilik, S$212,000 untuk empat bilik dan S$350,000 untuk lima bilik.

Keluarga kali pertama akan diberi keutamaan.

Pasangan juga boleh memohon flat 3Gen di Canberra Vista jika mereka ingin tinggal sebumbung bersama ibu bapa mereka, manakala mereka yang ingin tinggal berhampiran ibu bapa atau anak mereka dalam projek BTO yang sama boleh mengemukakan permohonan bersama di bawah Skim Keutamaan Keluarga Berangkai.

Permohonan bagi flat yang baru dilancarkan itu dibuka hari ini dan akan ditutup pada 17 Februari. Maklumat mengenai flat-flat boleh didapati secara online dan HDB menasihatkan pemohon yang tidak sihat atau sedang menjalani cuti ketidakhadiran (LOA) untuk mengelakkan daripada mengunjungi pejabat serta cawangan HDB.

HDB menyatakan: " Tiada penjualan Tawaran Semula Flat Baki (ROF) pada Februari 2020 kerana HDB sedang menyemak semula proses penjualan bagi flat-flat baki untuk memberi khidmat keperluan lebih baik kepada para pembeli rumah".

Pelancaran BTO selanjutnya pada Mei akan menawarkan sekitar 3,700 flat di Choa Chu Kang, Pasir Ris, Tampines dan Tengah. Lagi 4,100 flat di Ang Mo Kio, Bishan, Geylang, Tampines dan Woodlands akan ditawarkan pada Ogos.

Sehingga 17,000 flat baru akan dilancarkan pada 2020 untuk memenuhi permintaan, umum Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong tahun lalu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan