Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB lancarkan 17,000 flat baru pada 2018; termasuk flat di bandar baru Tengah

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bakal melancarkan sekitar 17,000 flat baru pada 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Dec 2017 11:00AM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 01:26AM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bakal melancarkan sekitar 17,000 flat baru pada 2018.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong dalam catatan blognya hari ini (14 Dis).

"Bagi 2018, HDB akan mengekalkan bekalan flat yang stabil, iaitu sekitar 17,000 flat baru, setanding dengan 17,584 flat yang dilancarkan pada 2017," tulis beliau.

"Sepanjang tahun depan, para pembeli flat baru boleh menjangkakan beberapa projek yang dilancarkan di serata kawasan perumahan matang dan belum matang, termasuk flat-flat di kawasan bandar Tengah yang baru.

"Pada separuh kedua 2018, HDB bakal melancarkan 1,000 flat di Sembawang, Sengkang, dan Yishun," tambah beliau. "Tempoh menunggu juga akan lebih pendek iaitu sekitar 2.5 tahun, berbanding antara tiga hingga empat tahun bagi kebanyakan projek BTO yang lain."

Beliau menambah, pemerintah akan terus "mengawal bekalan flat dengan teliti, mengambil kira permintaan dan kestabilan pasaran flat jualan semula HDB".  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan