Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB lancar tender bagi pembinaan EC Canberra Link

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menawarkan tender penjualan bagi sebuah tapak tanah untuk projek kondominium eksekutif (EC) di Canberra Link di Sembawang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 May 2019 06:32PM Dikemas Kini : 16 May 2019 11:30PM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menawarkan tender penjualan bagi sebuah tapak tanah untuk projek kondominium eksekutif (EC) di Canberra Link di Sembawang.

Dalam satu kenyataan hari ini (16 Mei), HDB menyatakan Sehingga 385 unit EC boleh dibina di tapak tanah seluas hampir 1.7 hektar itu.

Ia merupakan satu-satunya tapak tanah bagi projek EC dalam kalangan lima bidang tanah yang telah disahkan untuk dijual di bawah program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ia juga merupakan bidang tanah yang pertama dibuka untuk tender bagi pembangunan EC sejak Oktober tahun lalu.

Seorang penganalisis berpendapat tapak tanah berkenaan akan menarik lima hingga lapan bidaan.

Ini memandangkan ia terletak berhampiran Stesen MRT Canberra yang baru serta kemudahan-kemudahan lain.

Tendernya akan ditutup pada 3 Julai.  

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan