Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB lancar penjualan 17,000 flat baru tahun ini

Sekitar 17,000 flat baru akan dilancarkan penjualannya pada tahun ini. Demikian menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (26 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
HDB lancar penjualan 17,000 flat baru tahun ini

(Gambar fail: Robin Choo/ TODAY).

Diterbitkan : 26 Jan 2018 09:48AM Dikemas Kini : 26 Jan 2018 09:53AM

SINGAPURA: Sekitar 17,000 flat baru akan dilancarkan penjualannya pada tahun ini. Demikian menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (26 Jan).

Bagi penjualan flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) pada bulan depan, HDB akan menawarkan 3,600 flat di Choa Chu Kang, Geylang, Tampines dan Woodlands. Tawaran Semula Flat Baki juga bakal diadakan secara serantak.

HDB menyatakan harga flat jualan semula susut 0.2 peratus dalam suku keempat tahun lalu berbanding suku sebelumnya. Indeks Harga Jualan Semula (RPI) jatuh dari 132.8 kepada 132.6.

Bagi tahun 2017, RPI mengalami penguncupan 1.5 peratus.

Bilangan urus niaga flat jualan semula jatuh 1.2 peratus pada suku keempat dengan 5,738 urus niaga berbanding 5,808 pada suku sebelumnya. Namun, berbanding tahun sebelumnya, jumlah flat yang bertukar tangan melonjak 14.5 peratus.

Bagi 2017, jumlah urus niaga flat jualan semula naik 6.1 peratus, dari 20,813 kepada 22,077.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan