Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hayati pengajaran korban dalam kehidupan seharian, kata Masagos

Masyarakat Islam di sini menghidupkan pagi Aidiladha dengan bertakbir dan mendirikan solat di masjid-masjid dan ruang-ruang tersedia di serata negara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Masyarakat Islam di sini menghidupkan pagi Aidiladha dengan bertakbir dan mendirikan solat di masjid-masjid dan ruang-ruang tersedia di serata negara.

Di masjid Al-Mawaddah di Sengkang, sekitar 4,500 jemaah menunaikan solat Aidiladha, yang dipimpin Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Presiden Halimah Yaacob dan suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, berserta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli, turut menyertai para jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha dan mengikuti khutbah bertajuk Ciri Pengorbanan Golongan Beriman.

Ditemui selepas khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh MUFTI, Encik Masagos menyeru masyarakat Melayu/Islam menghayati dan mengambil iktibar daripada ibadah korban, dalam kehidupan seharian mereka.

NILAI KORBAN HARUS DIHIDUPKAN SEHARIAN

Seperti mana ibadah korban dijalankan, masyarakat Melayu/Islam tambah beliau harus menjalankan tugas harian dengan sempurna dan perasaan rahmah.

"Saya juga tertarik kepada khutbah yang disampaikan MUFTI tadi, terutama seruan beliau supaya dalam kita menjalankan ibadah korban kita juga harus mempelajari daripadanya," kata Encik Masagos.

"Supaya apa yang kita lakukan itu, dilakukan dengan sempurna. Dan ia juga tidak sempurna jika kita tidak lakukannya dengan rahmah. Begitulah (cara) kita berusaha dalam seharian kita, selalu menjalankan kerja-kerja kita dengan sempurna dan juga dengan perasaan rahmah."

Encik Masagos juga menekankan lagi perlunya masyarakat "sealiran dan sehaluan" dalam membangunkan masa depan lebih cerah.

"Masyarakat Melayu/Islam setempat lebih berjaya berbanding 50 tahun lalu.

Apa yang boleh kita lakukan adalah menggembleng tenaga mereka untuk terus tampil menyumbang tenaga misalnya menerusi rangkaian institusi Melayu Islam, M³, agar dapat memakmurkan dan "meningkatkan lagi taraf masyarakat", ujar Encik Masagos. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan