Images
  • iras email
    (Gambar: Iras)

Hati-hati jika terima emel 'cukai pelepasan virus korona' kononnya dari IRAS

SINGAPURA: Kiriman emel yang menawarkan pelepasan cukai COVID-19 kononnya dari Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) adalah satu penipuan, menurut penguasa itu pada Jumaat (20 Nov).

Emel tersebut disebarkan dengan tajuk 'Coronavirus Tax Relief and Economic Impact Payments' atau 'Pelepasan Cukai Virus Korona dan Bayaran Kesan Ekonomi', dedah IRAS dalam maklumannya.

Emel tersebut turut mendakwa bahawa IRAS akan memberikan bantuan cukai kepada para pembayar cukai, perniagaan, pertubuhan yang dikecualikan daripada pembayaran cukai dan golongan lain yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Emel itu juga mengarahkan para penerima supaya memuat turun dokumen yang dilampirkan dalam kiriman emel berkenaan dan mengisi dokumen tersebut untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

IRAS menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan emel tersebut dan membuat aduan polis jika mereka sudah menjawab emel itu dan mengongsikan maklumat peribadi atau mendedahkan butiran mengenai kewangan mereka.

- TODAY/HA/ha

Top