Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hati-hati jangan terpedaya iklan online jual ketam pada harga murah

Jika anda baru-baru ini ternampak iklan-iklan online yang menjual ketam pada harga murah, hati-hati kerana anda mungkin menjadi sasaran satu skim penipuan 'phishing' (memancing data).

Anggaran Waktu Membaca:
Hati-hati jangan terpedaya iklan online jual ketam pada harga murah

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 28 Jul 2021 08:51AM Dikemas Kini : 28 Jul 2021 08:52AM

SINGAPURA: Jika anda baru-baru ini ternampak iklan-iklan online yang menjual ketam pada harga murah, hati-hati kerana anda mungkin menjadi sasaran satu skim penipuan 'phishing' (memancing data).

Beberapa aduan tentang skim yang membabitkan iklan-iklan palsu melibatkan penjualan ketam dibuat dalam bulan Julai, menurut polis pada Selasa (27 Jul).

Para mangsa sejauh ini kerugian lebih daripada S$15,000.

Dalam kes-kes tersebut, polis menyatakan para mangsa sedang melungsuri internet atau wadah media sosial apabila terlihat iklan-iklan yang menawarkan tawaran harga murah bagi pembelian ketam, yang didakwa dari sebuah restoran yang dikenali sebagai "Crabber Resto" atau "Jack Crab Resto".

Apabila iklan itu ditekan, mangsa akan dibawa ke satu laman yang menyenaraikan beberapa pilihan ketam yang dijual pada harga murah.

Mangsa kemudian disuruh membuat bayaran dengan memberikan butiran kad kredit atau debit serta kata kunci sekali (OTP) yang diterima menerusi laman itu.

"Mangsa dipercayai tidak menerima ketam yang dibeli dan hanya menyedari bahawa mereka ditipu setelah menemui beberapa urus niaga tidak diluluskan dibuat menggunakan kad kredit atau debit mereka," menurut polis.

Polis menasihatkan orang awam supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan jenayah seperti kerap memeriksa untuk memastikan jumlah yang dipotong daripada kad kredit atau debit mereka selari dengan jumlah yang mereka setuju untuk bayar.

"Jika harganya muluk-muluk belaka, ia mungkin tidak benar. Beli hanya daripada penjual yang disahkan atau daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, lebih-lebih lagi bagi barangan bernilai tinggi," katanya.

Para pembeli juga harus mengesahkan kesahihan maklumat itu dengan laman atau sumber rasmi serta menghubungi bank mereka serta-merta jika mereka menerima sebarang OTP namun tidak membuat sebarang urus niaga online.

"Jangan dedahkan sebarang butiran peribadi atau perbankan Internet dan OTP kepada sesiapa; dan laporkan sebarang penipuan bayaran menggunakan kad kredit/debit anda kepada pihak bank dan batalkan kad itu dengan segera," menurut polis.

Mereka yang ingin memberikan sebarang maklumat berkaitan skim penipuan sedemikian boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, atau menyerahkannya online.

Maklumat lanjut mengenai skim penipuan boleh didapati di laman Amaran Penipuan atau menerusi talian antipenipuan di 1800-722-6688.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan