Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hasil pengilangan S'pura tumbuh 11.1% pada Mei

Hasil pengilangan Singapura pada bulan Mei meningkat 11.1 peratus berbanding setahun lalu. Demikian menurut perangkaan terkini yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) hari ini (26 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Hasil pengilangan S'pura tumbuh 11.1% pada Mei

Gambar fail: ROSLAN RAHMAN/AFP

Diterbitkan : 26 Jun 2018 03:34PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 03:49PM

SINGAPURA: Hasil pengilangan Singapura pada bulan Mei meningkat 11.1 peratus berbanding setahun lalu. Demikian menurut perangkaan terkini yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) hari ini (26 Jun).

Peningkatan pada bulan Mei mengikuti trend hasil pengilangan yang terus meningkat selepas ia tumbuh 9.1 peratus pada bulan April.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, hasil pengilangan naik 0.4 peratus pada bulan lalu.

Pengeluaran kelompok elektronik berkembang 17.1 peratus pada bulan Mei berbanding bulan yang sama tahu lalu, menurut EDB. Segmen semikonduktor mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 26.9 peratus, sementara segmen elektronik lain mengalami penguncupan.

Secara kumulatif, pengeluaran kelompok elektronik naik 16.9 peratus dari bulan Januari hingga Mei tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut EDB.

Pengeluaran pengilangan bioperubatan meningkat 17.7 peratus pada bulan lalu berbanding setahun lalu, tambah EDB. Segmen farmaseutikal tumbuh 19.2 peratus, manakala segmen teknologi perubatan juga tumbuh 14.3 peratus.

Kelompok pengilangan bioperubatan meningkat 3.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, tambahnya.

Pengeluaran kelompok kejuruteraan jitu naik sedikit 0.8 peratus pada bulan Mei berbanding setahun lalu. Segmen sistem dan mesin pula tumbuh 2.2 peratus, dirangsang pengeluaran peralatan kawalan proses dan semikonduktor, menurut agensi itu.

Bagaimanapun, segmen komponen dan modul jitu menguncup 1.6 peratus disebabkan pengeluaran acuan, peralatan dan komponen besi jitu yang lebih rendah.

Kelompok kejuruteraan jitu tumbuh 9.9 peratus mengikut perbandingan tahun ke tahun.

Terdapat pertumbuhan dalam kelompok lain juga, dengan kelompok kimia naik 8.6 peratus. Pertumbuhan dalam kelompok itu dipacu segmen petrokimia yang melonjak 19.6 peratus didorong keupayaan pengeluaran lebih tinggi.

Dalam pada itu, kelompok kejuruteraan pengangkutan naik 3 peratus pada bulan Mei. Kenaikan itu disebabkan segmen aeroangkasa, yang tumbuh 11.6 peratus disebabkan kerja-kerja pembaikan dan penyenggaraan dalam sektor penerbangan komersil.

Namun, kejuruteraan marin dan lepas pantai serta segmen pengangkutan darat masing-masing menguncup 0.6 peratus dan 15.1 peratus.

Tambahan lagi, hasil pengilangan am naik 5.2 peratus berbanding tahun lalu. 

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan