Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hartawan Vietnam yang diburu akan terus ditahan di S'pura, kata peguam

Taikun Vietnam yang ditahan di Singapura minggu lalu masih lagi ditahan di negara ini, menurut salah seorang peguamnya hari ini (3 Jan), sekaligus meredakan kebimbangan keluarganya yang beliau akan dikenakan hukuman mati jika dihantar pulang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Hartawan Vietnam yang diburu akan terus ditahan di S'pura, kata peguam

Phan Van Anh Vu ditahan di Singapura pada Khamis (28 Dis). (Gambar: vnexpress.net)

Diterbitkan : 03 Jan 2018 02:06PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 02:52PM

SINGAPURA: Taikun Vietnam yang ditahan di Singapura minggu lalu masih lagi ditahan di negara ini, menurut salah seorang peguamnya hari ini (3 Jan), sekaligus meredakan kebimbangan keluarganya yang beliau akan dikenakan hukuman mati jika dihantar pulang.

Phan Van Anh Vu, 42 tahun, seorang pemaju hartanah dan bekas pegawai risikan yang dilaporkan diburu di Vietnam kerana mendedahkan rahsia negara, ditahan di Singapura Khamis lalu (28 Dis) ketika beliau cuba meninggalkan Singapura untuk memasuki Malayia.

Remy Choo, salah seorang peguam yang mewakili Vu, memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa imigresen Singapura bersetuju untuk membenarkannya bertemu dengan anak guamannya buat pertama kalinya hari ini.

Para peguam Vu mengatakan semalam (2 Jan) bahawa mereka sudah membuat permohonan untuk beliau ke Jerman bagi mengelakkan daripada dihantar pulang ke Vietnam, di mana kesalahan keselamatan yang serius seperti mendedahkan rahsia negara boleh dikenakan hukuman mati.

Singapura tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Vietnam tetapi pihak berkuasa imigresen negara ini mempunyai hak untuk menghantar pulang individu berdasarkan beberapa syarat, menurut Akta Imigresen negara ini.

Seorang wakil Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura mengatakan bahawa Vu diberkas kerana "melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen".

Kes Vu membawa satu dimensi baru kepada kes rasuah di Vietnam di mana berpuluh-puluh pegawai dan tokoh perniagaan diberkas kerana terbabit rasuah. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan