Images
  • wallace
    (Gambar: Laman Wallich Residence) 

Hartawan Britain James Dyson beli penthouse termahal di S'pura

SINGAPURA: Hartawan warga Britain James Dyson, yang merupakan pereka vakum tanpa beg, sudah membeli penthouse termahal di Singapura, menurut rekod-rekod rasmi.

Penthouse tiga tingkat itu - yang bernilai S$100 juta - adalah di tingkat 62, dilengkapi dengan kolam renang privet dan terletak di daerah kewangan Singapura.

Encik Dyson mengumumkan pada Januari bahawa beliau akan memindahkan pejabat utamanya dari Britain ke Singapura supaya lebih dekat dengan pasaran-pasaran yang pesat berkembang.

Penthouse Wallich Residence terletak di bangunan tertinggi di Singapura, iaitu Guoco Tower, yang dibina oleh pemaju GuococLand.

Sebelum ia dirasmikan pada 2017, harga tertinggi yang diminta bagi "banglo di langit" mencecah S$100 juta, sekaligus menjadikannya kediaman termahal di Singapura.

Menurut laporan, Encik Dyson dan isterinya menjadi pemilik sah hartanah itu selama 99 tahun pada 20 Jun. Laporan-laporan tersebut tidak pula mendedahkan harga yang dibayar Encik Dyson tetapi Business Times melaporkan bahawa Encik Dyson membeli hartanah berkenaan pada harga S$73.8 juta.  

- CNA/NA/na

Top