Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hari rehat pekerja asing di dormitori perlu diatur dan ditentukan dalam Fasa 2

Pekerja-pekerja asing yang tinggal di dormitori, mahupun para pengendali dormitori dan majikan, perlu bersedia mematuhi peraturan-peraturan ketat sedang mereka membuat persiapan untuk kembali bekerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Hari rehat pekerja asing di dormitori perlu diatur dan ditentukan dalam Fasa 2

Penduduk dormitori Cochrane Lodge 1 di Admiralty Road West. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 30 May 2020 10:28PM Dikemas Kini : 30 May 2020 10:31PM

SINGAPURA: Pekerja-pekerja asing yang tinggal di dormitori, mahupun para pengendali dormitori dan majikan, perlu bersedia mematuhi peraturan-peraturan ketat sedang mereka membuat persiapan untuk kembali bekerja.

Ini termasuk mengatur dan menetapkan hari rehat bagi setiap pekerja asing.

Sebagai permulaan, semua pengendali dormitori perlu memberikan senarai terkini para pekerja asing di kemudahan mereka.

Pihak berkenaan juga perlu melaksanakan kawalan pergerakan ketat dan mengehadkan pergaulan dalam kemudahan masing-masing. Ini di samping menyediakan kemudahan pengasingan serta tempat khas untuk penghuni yang sakit.

Para pengenali dormitori dan majikan turut perlu mengatur jadual waktu para pekerja diambil atau diturunkan di tempat tinggal mereka.

Para pekerja asing pula harus melaporkan status kesihatan mereka setiap hari.

PERATURAN BAGI FASA PERTAMA

Dalam Fasa Pertama yang bermula pada 2 Jun, para pekerja hanya boleh meninggalkan dormitori mereka untuk tujuan bekerja dan menaiki pengangkutan yang disediakan majikan.

Majikan harus memastikan para pekerja langsung pulang ke tempat tinggal selepas kerja.

Pekerja asing juga harus duduk dalam dormitori masing-masing walaupun pada hari rehat.

PERATURAN BAGI FASA KEDUA

Dalam Fasa Kedua, pekerja asing dibenarkan keluar mengikut tempoh masa yang ditetapkan pada hari rehat. Ini bermakna, mereka semuanya tidak dibenarkan keluar secara serentak.

Masa yang diberikan hanya dua jam dan pekerja asing hanya boleh ke salah satu daripada lapan pusat riadah yang ditetapkan.

Pengendali dormitori juga perlu menyediakan pengangkutan khas untuk ini.

PERATURAN BAGI FASA KETIGA

Pada Fasa Ketiga, hari rehat perlu diatur dan ditetapkan bagi setiap pekerja. Namun, mereka dibenarkan meninggalkan dormitori buat tempoh lebih panjang dan dibolehkan pergi ke lebih banyak tempat.

Pihak berkuasa akan mengumumkan kumpulan pertama blok dormitori yang akan diisytiharkan sebagai bebas virus pada minggu depan.

Mereka menyasarkan untuk mengosongkan dormitori atau blok-blok perumahan bagi sehingga 60,000 pekerja dalam minggu-minggu mendatang.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan