Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hari pertama perbicaraan kes saman AHTC ke atas AP WP

Perbicaraan berprofil tinggi berhubung tindakan guaman sivil oleh dua majlis bandaran ke atas tiga Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) berhubung dakwaan pembayaran tidak wajar bermula hari ini (5 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Hari pertama perbicaraan kes saman AHTC ke atas AP WP

(Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 05 Oct 2018 03:42PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 03:45PM

SINGAPURA: Perbicaraan berprofil tinggi berhubung tindakan guaman sivil oleh dua majlis bandaran ke atas tiga Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) berhubung dakwaan pembayaran tidak wajar bermula hari ini (5 Okt).

Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) dan Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC) mendakwa Encik Low Thia Khiang, Cik Sylvia Lim dan Encik Pritam Singh melanggar tugas fidusiari mereka.

Turut dinamakan dalam tuntutan tersebut adalah anggota AHTC Chua Zhi Hon, Kenneth Foo Seck Guan dan How Weng Fan. Bekas ejen pengurusan majlis bandaran itu, FM Solutions and Services (FMSS) dan pemilik firma tersebut, Danny Loh, yang meninggal dunia pada tahun 2015 juga dinamakan sebagai defendan.

Setiausaha agung WP Pritam Singh, pengerusi WP Sylvia Lim dan mantan ketua WP Low Thia Kiang tiba di Mahkamah Agung sekitar 9.45 pagi.

AP WP Leon Perera, Png Eng Huat, Dennis Tan, Muhamad Faisal Abdul Manap serta anggota parti Yee Jenn Jong juga dilihat di galeri awam.

Kebanyakan mereka memakai baju biru, yakni warna rasmi WP.

Tuntutan yang difailkan oleh AHTC di bawah arahan panel bebas pada Julai 2017, mendakwa bahawa pembayaran kepada ejen pengurusan dan pembekal perkhidmatannya adalah tidak wajar dan tidak sah, kerana ketiga-tiga AP GRC Aljunied telah melanggar tugas fidusiari mereka.

Ia juga mendakwa mereka membuat "bayaran tidak wajar" lebih $33 juta kepada FMSS dan penyedia khidmat FM Solutions dan Integrated Services.

Encik Low dan Cik Lim diminta untuk menjelaskan jumlah tersebut dan membayar balik wang yang dibayar dengan salah.

Tuntutan itu juga mendakwa mereka telah melanggar Peraturan Kewangan Majlis Bandaran kerana tidak meminta tender bagi setiap projek dan melantik FMSS selaku ejen pengurusan majlis bandaran tersebut.

Panel bebas berkenaan dibentuk pada Februari 2017 bagi menyemak laporan oleh auditor KPMG pada Oktober 2016, yang mengetengahkan "kelemahan ketara" dalam pentadbiran AHTC.

Pada September 2017 PRPTC memulakan prosiding mahkamah yang sama terhadap tiga AP WP, membuat tuntutan dan pelepasan bayaran bagi Majlis Bandaran Punggol East (PETC) yang sebelumnya ditadbir WP selepas pilihan raya kecil 2013.

WP hilang kerusi kawasan undi perseorangan itu dalam pada Pilihan Raya Umum 2015 dan PRPTC mengambil alih pentadbiran kawasan undi itu.

Perbicaraan dijangka berlangsung sehingga 2 Nov.  

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan