Images

Hari Buruh: Presiden Halimah beri penghargaan kepada semua pekerja di tengah COVID-19

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata Hari Buruh tahun ini diraikan dalam suasana yang sunyi dan berbeza di tengah-tengah penularan COVID-19 dan langkah-langkah menjaga jarak selamat yang di kuat kuasakan sekarang.

Menulis di laman Facebook Presiden Halimah menarik perhatian rumah terbuka Istana yang menjadi acara tahunan sambutan Hari Buruh terpaksa dibatalkan.

Beliau berharap langkah-langkah yang dikuat kuasakan Pemerintah dan pelbagai Skim Bantuan NTUC akan membantu meringankan beban syarikat-syarikat dan para pekerja.

Presiden Halimah juga memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta mereka yang mencari cara-cara baru untuk membantu orang lain dalam masa sukar ini.

Beliau menarik perhatian kehidupan akan berubah selepas pandemik berakhir.

Menurutnya kesatuan sekerja dan perikatan tiga pihak memainkan peranan lebih penting bagi membantu para pekerja melalui perubahan tersebut.

- CNA/MM/na

Top