Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet naik 3.9% dalam suku pertama

Harga rumah privet naik 3.9 peratus dalam suku pertama tahun ini, menurut data terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (27 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet naik 3.9% dalam suku pertama

Gambar fail kondominium yang sedang dibina di Singapura. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 27 Apr 2018 10:52AM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 10:54AM

SINGAPURA: Harga rumah privet naik 3.9 peratus dalam suku pertama tahun ini, menurut data terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) hari ini (27 Apr).

Pasaran rumah privet terus mencatat trend harga meningkat selepas kenaikan 0.8 peratus pada suku sebelumnya.

Harga rumah privet berhalaman naik 1.9 peratus dalam suku pertama 2018, berbanding kenaikan 0.5 peratus pada suku sebelumnya.

Harga rumah privet tidak berhalaman pula naik 4.4 peratus, berbanding 0.8 peratus dalam suku sebelumnya.

Harga hartanah tidak berhalaman di kawasan luar bandar (OCR) mencatat kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama. Harga di kawasan tengah bandar (CCR) pula naik 5.5 peratus dalam tempoh yang sama, sementara harga di kawasan sekelilingnya (RCR) naik 1.2 peratus berbanding suku sebelumnya.

Jumlah rumah privet yang disewakan pula naik 0.3 peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding penurunan 0.9 peratus dalam suku sebelumnya. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan