Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet naik 3.4% pada suku kedua 2018

Harga rumah privet naik 3.4 peratus pada suku kedua tahun ini, menurut perangkaan terbaru Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (27 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet naik 3.4% pada suku kedua 2018

Gambar fail kondominium di Singapura. (Gambar: Eileen Poh)

Diterbitkan : 27 Jul 2018 10:59AM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 11:05AM

SINGAPURA: Harga rumah privet naik 3.4 peratus pada suku kedua tahun ini, menurut perangkaan terbaru Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Jumaat (27 Jul).

Ini meneruskan trend yang memperlihatkan peningkatan buat dua suku berturut-turut sebelum ini. Harga meningkat 3.9 peratus pada suku pertama tahun ini dan 0.8 peratus jika dibandingkan dengan suku sebelumnya.

Harga hartanah berhalaman pula naik 4.1 peratus pada suku kedua 2018, berbanding kenaikan 1.9 peratus pada suku sebelumnya.

Harga hartanah tanpa halaman naik 3.2 peratus, berbanding 4.4 peratus pada suku sebelumnya.

Harga hartanah privet tanpa halaman di kawasan sekeliling bandar (RCR) mencatat peningkatan paling ketara, naik 5.6 peratus pada suku kedua tahun ini. Harga hartanah sedemikian di pinggir kawasan bandar (OCR) naik 3 peratus dalam tempoh yang sama, manakala di kawasan tengah bandar (OCR) ia naik 0.9 peratus.

Sewa rumah privet naik 1 peratus pada suku kedua tahun ini, berbanding 0.3 peratus pada suku sebelumnya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan