Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga rumah privet di S'pura naik 2.1% pada suku keempat

Harga hartanah privet di Singapura naik 2.1 peratus pada suku keempat 2020 berbanding suku sebelumnya, menurut ramalan awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga rumah privet di S'pura naik 2.1% pada suku keempat

Perumahan HDB dan privet di S'pura (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 04 Jan 2021 12:42PM Dikemas Kini : 04 Jan 2021 12:43PM

SINGAPURA: Harga hartanah privet di Singapura naik 2.1 peratus pada suku keempat 2020 berbanding suku sebelumnya, menurut ramalan awal Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (4 Jan).

Ini berbanding kenaikan 0.8 peratus pada suku sebelumnya, menurut URA.

Bagi keseluruhan 2020, harga rumah privet naik sebanyak 2.2 peratus berbanding peningkatan 2.7 peratus pada 2019.

Cik Christine Sun, ketua penyelidikan dan runding cara di OrangeTee & Tie berkata bahawa kenaikan suku keempat adalah kenaikan suku tahunan paling tinggi sejak suku kedua 2018 apabila harga rumah privet naik 3.4 peratus ketika itu berbanding suku sebelumnya.

Hartanah di kawasan sekeliling bahagian tengah bandar (RCR) mencatat kenaikan paling ketara sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat, disusuli oleh bahagian tengah bandar (CCR) dengan 3.3 peratus dan luar kawasan tersebut (OCR) yang mencatat peningkatan 1.7 peratus.

Bagi keseluruhan 2020, harga hartanah di bahagian tengah bandar merosot sebanyak 0.2 peratus, manakala harga di kawasan sekelilingnya dan luar kawasan tersebut masing-masing naik 5.1 peratus dan 3.1 peratus.

"Terdapat sejumlah projek baru yang dilancarkan pada suku keempat tahun itu yang mungkin menyebabkan kenaikan harga di kawasan-kawasan berkenaan," kata Cik Sun.

"Harga juga meningkat di banyak projek yang dilancarkan," katanya lagi.

SENTIMEN PEMBELI MUNGKIN MENINGKAT: PENGANALISIS

Para pelabur di seluruh dunia sedang bersiap sedia menghadapi pemulihan ekonomi yang lebih mantap pada 2021 dan penghasilan dan keberkesanan vaksin pula mungkin adalah "pengubah keadaan" yang dapat mengawal pandemik COVID-19, kata Cik Sun.

"Pasaran perumahan Singapura terus didorong oleh kecairan yang mencukupi dalam sistem kewangan. Sentimen pembeli mungkin akan terus meningkat menyusuli Fasa 3 pembukaan semula ekonomi Singapura dan sikap optimis terhadap vaksin juga akan terus meningkat," katanya.

Sejumlah "pelancaran gah" mungkin diumumkan di kawasan hartanah mewah dan kawasan pinggir bandar, yang mungkin menaikkan keseluruhan indeks harga, kata Cik Sun.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan