Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga jualan semula HDB naik 1.4% pada suku ketiga

Harga jualan semula dalam pasaran perumahan awam naik 1.4 peratus dalam suku ketiga, menurut anggaran awal Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga jualan semula HDB naik 1.4% pada suku ketiga

(Gambar fail: Reuters/Kevin Lam)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 10:27AM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 10:28AM

SINGAPURA: Harga jualan semula dalam pasaran perumahan awam naik 1.4 peratus dalam suku ketiga, menurut anggaran awal Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Kenaikan itu dicatat setelah harga meningkat 0.3 peratus dalam suku kedua dan stabil pada suku pertama.

Indeks harga jualan semula, yang menyediakan maklumat tentang pergerakan harga secara umum dalam pasaran jualan semula perumahan awam, naik dari 131.9 kepada 133.7.

HDB menyatakan ia akan melancarkan sekitar 9,300 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di beberapa estet dalam penjualan November dan Februari.

"Sedang perkembangan pandemik COVID-19 berubah-ubah, HDB memantau keadaan dan akan membuat penyesuaian bila perlu," tambahnya.

Penjualan Flat Baki seterusnya dijadualkan pada November serentak dengan penjualan BTO. HDB menambah pihaknya akan mengumumkan butir lanjut apabila tersedia.

Indeks harga jualan semula HDB bagi sepenuh suku tahun akan dikeluarkan dengan butiran data perumahan lebih terperinci pada 23 Oktober.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan