Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga jualan semula flat HDB naik 2.8% pada suku pertama 2021

Harga jualan semula dalam pasaran perumahan awam meningkat 2.8 peratus pada suku kedua tahun ini, berdasarkan ramalan kilat yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari Khamis (1 Jul). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jul 2021 10:26AM Dikemas Kini : 01 Jul 2021 09:35PM

SINGAPURA: Harga jualan semula dalam pasaran perumahan awam meningkat 2.8 peratus pada suku kedua tahun ini, berdasarkan ramalan kilat yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari Khamis (1 Jul).

Indeks harga jualan semula, yang menyediakan maklumat tentang naik turun harga secara amnya dalam pasaran jualan semula bagi perumahan awam, naik dari 42.2 kepada 146.2, berdasarkan ramaln HDB.

Ini selepas harga pada suku pertama 2021 naik 2.8 peratus berbanding suku sebelumnya.

Kelengahan pada pembinaan flat-flat Bina Ikut Tempahan (BTO) menyebabkan ramai pasangan mencari rumah dalam pasaran terbuka yang menjelaskan kenaikan pada harga jualan semula, kata Naib Presiden Kanan Kajian dan Analitik OrangeTee & Tie, Christine Sun.

Beliau menambah pembeli yang mahu beralih ke rumah lebih kecil daripada hartanah privet juga memaling kepada pasaran jualan semula HDB.

"Oleh kerana permintaan perumahan yang tinggi serta kekurangan bekalan, tawar-menawar semakin pudar dan pembeli harus bertindak pantas jika mereka melihat rumah yang menarik buat mereka, terutama bagi lokasi yang popular," terang Cik Sun.

"Dengan ramai pembeli yang bersemangat sanggup membuat padanan kepada penilaian hartanah, harga flat jualan semula kembali meningkat di banyak daerah."

Cik Sun menambah bahawa permintaan kukuh dan kekurangan bekalan perumahan mungkin meletakkan harga flat jualan semula pada paras "lebih tinggi" pada bulan-bulan mendatang.

"Harga yang cepat meningkat mungkin menjadikan halangan kemasukan lebih tinggi bagi sesetengah pembeli kali pertama.

"Mereka yang tidak mampu membeli sebuah flat jualan semula HDB sama ada berpaling kepada pasaran sewa atau menangguhkan rancangan perkahwinan mereka sedang mereka memohon untuk flat BTO," ujar Cik Sun.

HDB menyatakan data perumahan lebih terperinci akan dikeluarkan bersama-sama dengan indeks harga jualan semula muktamad bagi suku penuh pada 23 Julai nanti.

PELANCARAN BTO AKAN DATANG

Dalam kenyataan medianya, HDB turut mendedahkan ia akan menawarkan sekitar 4,900 flat BTO pada bulan depan di Hougang, Jurong East, Kallang Whampoa, Queenstown dan Tampines.

Pada November, sekitar 3,100 hingga 3,600 flat BTO akan ditawarkan di Choa Chu Kang, Hougang, Jurong West, Kallang Whampoa dan Tengah.

"Memandangkan pandemik COVID-19 kian berubah-ubah, HDB sedang memantau keadaannya dan akan membuat penyesuaian jika perlu," menurut HDB.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan