Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga ikan naik jelang Tahun Baru Cina dengan sekatan eksport M'sia berkait?

Sedang harga ikan dan udang dijangka naik menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi, kenaikannya tidak akan jauh beza berbanding tahun-tahun sebelum ini meskipun terdapat sekatan eksport yang diumumkan Malaysia, menurut pemain industri pada Selasa (18 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga ikan naik jelang Tahun Baru Cina dengan sekatan eksport M'sia berkait?

Ikan yang dijual di pasar. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 12:09AM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:12AM

SINGAPURA: Sedang harga ikan dan udang dijangka naik menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi, kenaikannya tidak akan jauh beza berbanding tahun-tahun sebelum ini meskipun terdapat sekatan eksport yang diumumkan Malaysia, menurut pemain industri pada Selasa (18 Dis).

Pada Isnin kerajaan Malaysia mengumumkan akan menyekat eksport empat spesis ikan dan udang tangkapan untuk memenuhi kekurangan bekalan dalam negeri semasa musim monsun dan perayaan.

Ikan kembung, selar, bawal, pelaling dan udang tidak akan dieksport antara 1 Januari hingga 28 Februari tahun depan, menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub.

Pengerusi Persatuan Peniaga Ikan Punggol Daniel Pe berkata larangan tersebut sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu dan para pemain industri sudah mencari huraian bagi menangani bekalan yang mungkin berkurangan.

"Semasa musim biasa, sesetengah peniaga sebenarnya menyimpan dan membekukan (ikan), jadi ia tidak menjejaskan ... harga," katanya sambil menambah bahawa dengan teknik pembekuan yang betul, kualiti ikan dapat dikekalkan.

Larangan sekali-sekala ke atas eksport ikan dari Malaysia dilaporkan sejak awal tahun 2013.

Kenaikan harga ikan semasa Tahun Baru Cina, yang jatuh pada 5 dan 6 Februari tahun depan, biasanya disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan bukannya larangan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia, katanya.

"Peningkatan harga biasa 20-30 peratus adalah disebabkan musim perayaan, bukan kerana sekatan."

Naib pengerusi Persatuan Indusri Makanan Laut Singapura Belinda Lee berkata para peniaga ikan sudah mempunyai bekalan ikan "tersedia" kerana menjangkakan permintaan meningkat semasa perayaan Tahun Baru Cina.

"Tidak perlu panik... Ini hal biasa yang sudah kita hadapi sepanjang lima tahun lalu," kata beliau.

BEKALAN ALTERNATIF BAGI IKAN

Encik Ang Jwee Herng, pengarah Hai Sia Seafood, menarik perhatian bahawa terdapat sumber alternatif bagi makanan laut yang terjejas.

"Ikan mungkin datang dari Indonesia atau Thailand," kata beliau. "Ikan seperti kembung dan selar selalunya datang dari Thailand, bukan Malaysia ... Malaysia memang tidak mengeksport banyak."

Menjawab pertanyaan Channel NewsAsia, rangkaian pasar raya Sheng Siong menyatakan pihaknya tidak menjangka "kesan ketara" akibat larangan eksport itu.

"Oleh kerana makanan laut boleh dibeli dari negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand, kita tidak menjangkakan kesan ketara," menurut jurucakap Sheng Siong.

"Kami juga menjual jenis ikan segar lain seperti kerisi, batang, siakap putih di kedai-kedai kami dan terdapat juga ikan beku di pasaran."

Cold Storage dan Giant juga membawa masuk ikan dari negara-negara lain, menurut jurucakap Dairy Farm Singapura.

"Cold Storage dan Giant mengamalkan penyumberan yang pelbagai, jadi kami mendapatkan ikan dan udang dari pelbagai negara lain," menurut jurucakap itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan