Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga hartanah privet naik 0.8% pada suku ketiga: Anggaran awal URA

Harga rumah privet di Singapura meningkat 0.8 peratus pada suku ketiga berbanding suku sebelumnya, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga hartanah privet naik 0.8% pada suku ketiga: Anggaran awal URA

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 Oct 2020 11:37AM Dikemas Kini : 01 Oct 2020 11:41AM

SINGAPURA: Harga rumah privet di Singapura meningkat 0.8 peratus pada suku ketiga berbanding suku sebelumnya, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis (1 Okt).

Indeks hartanah kediaman privet meningkat 1.2 mata, daripada 152.6 mata pada suku kedua kepada 153.8 mata pada suku ketiga.

Kenaikan itu lebih tinggi sedikit berbanding kenaikan 0.3 peratus antara suku pertama dengan kedua.

Harga hartanah kediaman privet tidak berhalaman dalam kawasan bandar merosot 4.9 peratus, berbanding kenaikan 2.7 peratus pada suku sebelumnya.

Ini diimbangi oleh kenaikan harga 3.3 peratus di baki kawasan bandar, menyusuli kemerosotan 1.7 peratus pada suku lalu.

Harga di luar kawasan bandar juga meningkat 1.7 peratus, berbanding kenaikan 0.1 peratus yang dicatat pada suku sebelumnya.

Bagi hartanah berhalaman, harganya naik 3.8 peratus selepas tidak berubah pada suku kedua.

Keadaan pasaran hartanah adalah "menggalakkan" memandangkan ketidaktentuan prospek ekonomi dan pekerjaan di tengah-tengah situasi COVID-19, kata Cik Christine Sun, ketua penyelidikan dan perundingan di OrangeTee & Tie.

"Juga belum pernah berlaku yang mana pasaran mengelakkan pembetulan harga besar-besaran semasa pandemik sekarang," kata Cik Sun.

Langkah-langkah seperti membenarkan peminjam menangguhkan pembayaran pinjaman dan langkah-langkah pelepasan sementara mungkin telah mengelakkan pemilik rumah dan pemaju daripada menurunkan harga secara mendadak untuk menggerakkan penjualan, katanya.

Sentimen pasaran bertambah "amat rancak" selepas berakhirnya "pemutus jangkitan" dan mungkin terus meningkat pada bulan-bulan mendatang apabila lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula, tambah Cik Sun.

Anggaran awal itu diterbitkan berdasarkan harga jual beli yang diberi dalam kontrak yang dikemukakan untuk pembayaran cukai setem dan data mengenai unit-unit yang dijual oleh pemaju sehingga pertengahan September.

Statistik tersebut akan dikemas kini pada 23 Oktober, apabila URA mengeluarkan perangkaan lengkap hartanah untuk suku ketiga.

"Orang ramai dinasihatkan agar menafsirkan anggaran awal itu dengan berhati-hati," kata URA.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan