Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga gas naik bagi bulan Ogos-Oktober

Tarif gas yang digunakan di rumah akan naik sebanyak 3.78 peratus bagi tempoh antara Ogos dengan Oktober tahun ini, umum City Gas hari ini (26 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga gas naik bagi bulan Ogos-Oktober

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Shaun Curry)

Diterbitkan : 26 Jul 2018 07:46PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 07:49PM

SINGAPURA: Tarif gas yang digunakan di rumah akan naik sebanyak 3.78 peratus bagi tempoh antara Ogos dengan Oktober tahun ini, umum City Gas hari ini (26 Jul).

Tarif gas akan dinaikkan dari 18.53 sen setiap kWh kepada 19.23 sen setiap kWh mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober, menurut syarikat itu dalam kenyataan medianya.

Ini disebabkan kos bahan api yang meningkat pada suku ini berbanding suku sebelumnya, jelas City Gas, yang membekalkan gas kepada hampir 90 peratus penduduk di estet-estet HDB baru dan hartanah privet.

Ini merupakan kali ketiga tarif gas naik tahun ini.

Tarif gas disemak mengikut garis panduan yang ditetapkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), iaitu badan kawal selia bagi industri gas.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan