Images
  • hdb models
    Model flat baru HDB yang dipamerkan di Hab HDB Toa Payoh HDB. (Gambar fail: TODAY/Robin Choo)

Harga flat jualan semula naik 0.1% pada suku kedua; bekalan flat BTO 'dikurangkan sedikit'

SINGAPURA: Bekalan flat baru akan "dikurangkan sedikit", berdasarkan anggaran awal harga flat jualan semula bagi suku kedua yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (2 Jul).

Harga flat jualan semula naik 0.1 peratus bagi tempoh Mac hingga Jun, dengan Indeks Harga Jualan Semula (RPI) berada pada paras 131.7.

Indeks itu memberikan maklumat mengenai turun naik harga dalam pasaran jualan semula bagi perumahan awam.


(Graf: HDB)

"Dengan pasaran jualan semula HDB terus stabil, HDB akan mengurangkan sedikit bekalan flat-flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) pada tahun ini, dari 17,000 flat kepada 16,000 flat," menurut HDB.

Sebanyak 11,373 flat ditawarkan dalam penjualan pada separuh pertama tahun ini, terdiri daripada 7,634 flat BTO dan sekitar 33 peratus atau 3,739 flat-flat baki. Lagi 4,300 flat BTO di Punggol dan Yishun akan dilancarkan pada bulan Ogos nanti. 

- CNA/AQ/aq

Top