Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula HDB turun 1.5% pada 2017

Harga flat jualan semula pada 2017 merosot 1.5 peratus. Demikian menurut anggaran awal yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga flat jualan semula HDB turun 1.5% pada 2017

(Gambar fail: TODAY).

Diterbitkan : 02 Jan 2018 09:53AM Dikemas Kini : 02 Jan 2018 09:57AM

SINGAPURA: Harga flat jualan semula pada 2017 merosot 1.5 peratus. Demikian menurut anggaran awal yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (2 Jan).

Dalam suku keempat, harga jualan semula susut 0.2 peratus berbanding suku sebelumnya. Indeks harga jualan semula - yang memberikan maklumat mengenai naik turun harga dalam pasaran perumahan awam - dianggarkan susut dari 132.8 dalam suku sebelumnya kepada 132.6.

Indeks harga jualan semula bagi seluruh suku akan dikeluarkan pada 26 Januari.

HDB juga mengumumkan bahawa ia akan menawarkan sekitar 17,000 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO). Kira-kira 3,600 flat tersebut akan ditawarkan pada bulan Februari di kawasan Choa Chu Kang, Geylang, Tampines dan Woodlands.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan