Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula HDB tidak berubah pada 2019

Harga flat-flat jualan semula kekal tidak berubah bagi seluruh tahun 2019 setelah meningkat 0.4 peratus pada suku lalu, ramalan awal rasmi menunjukkan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Harga flat jualan semula HDB tidak berubah pada 2019

Gambar fail HDB.

Diterbitkan : 02 Jan 2020 12:50PM Dikemas Kini : 02 Jan 2020 12:55PM

SINGAPURA: Harga flat-flat jualan semula kekal tidak berubah bagi seluruh tahun 2019 setelah meningkat 0.4 peratus pada suku lalu, ramalan awal rasmi menunjukkan.

Indeks harga flat jualan semula bagi tempoh Oktober hingga Disember dianggarkan naik kepada 131.4 daripada 130.9 dalam suku ketiga, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Khamis (2 Jan).

Indeks itu menyediakan maklumat tentang naik turun harga secara umum dalam pasaran flat jualan semula. Perangkaan bagi keseluruhan suku tersebut, bersama-sama data perumahan awam lebih terperinci seperti urus niasa flat-flat jualan semula dan sewa, akan dikeluarkan pada 23 Januari ini.

Peningkatan 0.4 peratus dalam suku keempat dicatatkan ekoran kenaikan harga sebanyak. 0.1 peratus dalam suku ketiga, menyusuli kemerosotan empat suku berturut-turut.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada Disember berkata, lebih banyak flat akan dibina pada 2020 untuk memenuhi permintaan lebih tinggi bagi perumahan awam. Antara 16,000 hingga 17,000 flat akan dilancarkan tahun ini, melonjak dari 14,600 pada 2019, kata beliau.

HDB akan melancarkan 3,000 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Sembawang dan Toa Payoh pada Februari dalam penjualan pertamanya untuk tahun ini.

Pada Mei, HDB akan melancarkan sekitar 3,700 flat BTO di Choa Chu Kang, Pasir Ris, Tampines dan Tengah. Daripada kesemua itu, masa menunggu untuk flat di Choa Chu Kang adalah lebih singkat, menurut HDB.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan