Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula HDB naik sedikit pada suku ketiga selepas merosot 4 suku berturut-turut

Harga flat jualan semula bagi suku ketiga tahun ini naik 0.1 peratus berbanding suku kedua, menurut anggaran awal oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Oct 2019 11:30AM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 09:23PM

SINGAPURA: Harga flat jualan semula bagi suku ketiga tahun ini naik 0.1 peratus berbanding suku kedua, menurut anggaran awal oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (1 Okt).

Indeks harga jualan semula - yang memberi maklumat mengenai naik turun harga secara amnya dalam pasaran jualan semula perumahan awam - dianggarkan meningkat sedikit dari 130.8 kepada 130.9 setelah merosot selama empat suku berturut-turut.

Harga turun sebanyak 0.1 peratus pada suku ketiga dan 0.2 peratus pada suku keempat tahun lalu dan masing-masing merosot 0.3 peratus dan 0.2 peratus pada suku pertama dan kedua tahun ini.

HDB juga mengumumkan ia akan menawarkan sekitar 4,500 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Ang Mo Kio, Tampines dan Tengah bulan depan.

Pada Februari tahun depan, HDB akan menawarkan sekitar 3,000 flat BTO di Sembawang dan Toa Payoh.

Menurut HDB, sesetengah flat juga akan ditawarkan untuk tempahan terbuka. Para pembeli flat yang layak boleh memohon secara online menerusi laman infoWEB HDB yang memberi keutamaan kepada para pemohon lebih awal dan boleh menempah unit seawal esok (2 Okt).

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan