Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula HDB naik 3% pada suku pertama

Harga flat jualan semula dalam pasaran perumahan awam naik tiga peratus pada suku pertama 2021 berbanding suku sebelumnya, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (23 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga flat jualan semula HDB naik 3% pada suku pertama

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 23 Apr 2021 10:25AM Dikemas Kini : 23 Apr 2021 10:27AM

SINGAPURA: Harga flat jualan semula dalam pasaran perumahan awam naik tiga peratus pada suku pertama 2021 berbanding suku sebelumnya, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (23 Apr).

Indeks harga jualan semula, yang menyediakan maklumat tentang turun naik harga pasaran perumahan awam, naik daripada 138.1 kepada 142.2, menurut data dariapda HDB. Ini adalah lebih tinggi berbanding perangkaan awal yang dikeluarkan oleh HDB pada awal bulan ini.

Ia merupakan kenaikan harga buat suku keempat berturut-turut meskipun di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Harga HDB "semakin mencecah" harga kemuncak yang dicatatkan pada suku kedua 2013, kata Cik Christine Sun, naib presiden kanan kajian dan analitik di OrangeTee and Tie.

Urus niaga flat jualan semula HDB melonjak sebanyak 28.6 peratus pada suku pertama 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, apabila penularan COVID-19 bermula. Berbanding dengan suku terakhir 2020, jumlah urus niaga turun sedikit sebanyak 0.8 peratus daripada 7,642 kepada 7,581.

Jumlah urus niaga kekal melebihi 7,500 untuk tiga suku berturut-turut.

"Pada suku lalu, banyak flat dijual dengan tunai atas taksiran. Tawaran berbilang dan bidaan harga bagi flat-flat pilihan adalah perkara biasa kerana para pembeli sanggup mengeluarkan bayaran tambahan bagi mendapatkan flat-flat premium kerana mereka percaya bekalan bagi flat-flat itu terhad terutama sekali bagi flat jualan semula lebih baru di estet-estet matang," kata Cik Sun.

Jumlah urus niaga flat jualan semula secara keseluruhan merosot sedikit pada suku lalu disebabkan oleh harga flat jualan semula yang meningkat dan tunai atas taksiran yang lebih tinggi, katanya.

"Ketidakseimbangan dalam bekalan dan permintaan flat menyebabkan harga flat jualan semula melonjak di tempat-tempat tertentu," katanya.

PELANCARAN BTO AKAN DATANG

HDB akan menawarkan sekitar 3,800 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Bukit Merah, Geylang, Tengah dan Woodlands pada Mei 2021.

Pada Ogos, HDB akan menawarkan sekitar 4,900 flat BTO di Hougang, Jurong East, Kallang Whampoa, Queenstown dan Tampines.

"Disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi akibat COVID-19, HDB sedang memantau pasaran perumahan dengan teliti dan akan membuat penyesuaian pada jumlah bekalan jika perlu," menurut HDB. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan