Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga flat jualan semula HDB merosot 0.8% pada suku pertama 2018

Harga flat jualan semula bagi suku pertama 2018 merosot 0.8 peratus, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (2 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Apr 2018 10:30AM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 10:40PM

SINGAPURA: Harga flat jualan semula bagi suku pertama 2018 merosot 0.8 peratus, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (2 Apr).

Indeks harga jualan semula - yang memberikan maklumat mengenai naik turun harga dalam pasaran perumahan awam - dianggarkan susut dari 132.6 dalam suku sebelumnya kepada 131.6, menurut HDB.

Indeks harga jualan semula bagi seluruh tempoh tiga bulan itu akan dikeluarkan pada 27 April.

HDB juga mengumumkan bahawa ia akan menawarkan sekitar 3,900 flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) di Sengkang, Tampines, Toa Payoh dan Yishun pada penjualan BTO Mei 2018. Penjualan Flat Baki juga akan diadakan.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan