Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE naik bagi semua kategori dalam bidaan berakhir 22 Jul

Harga bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) naik bagi semua kategori dalam bidaan terbaru pada Rabu (22 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE naik bagi semua kategori dalam bidaan berakhir 22 Jul
(Gambar: Mediacorp)
Diterbitkan : 22 Jul 2021 05:56PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 05:58PM

SINGAPURA: Harga bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) naik bagi semua kategori dalam bidaan terbaru pada Rabu (22 Jul).

Premium bagi kereta kecil (sehingga 1,600cc dan 97 kW) naik sebanyak 4.46 peratus kepada S$47,010.

Harga COE bagi kereta lebih besar (sehingga 1,600cc atau 97kW) pula naik daripada S$56,100 kepada S$59,501.

Harga COE bagi kenderaan muatan dan bas naik sebanyak 1.6 peratus kepada S$39,523

Dalam kategori motosikal, harga COE naik kepada S$8,689, berbanding S$8,502 dalam bidaan sebelum ini.

Bagi kategori terbuka yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan terutamanya buat kereta besar, premiumnya naik sebanyak 3.99 peratus kepada S$60,001.

SEKILAS HARGA COE:

Kat A (Kereta sehingga 1,600cc dan 97kW): S$47,010 (naik daripada S$45,001)

Kat B (Kereta lebih 1,600 cc atau 97kW): S$59,501 (naik daripada S$56,100)

Kat C (Kenderaan muatan dan bas): S$39,523 (naik daripada S$38,900)

Kat D (Motosikal): S$8,689 (naik daripada S$8,502)

Kat E (Kategori Terbuka): S$60,001 (naik daripada S$57,700)

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan