Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE kereta ditutup lebih rendah

Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terkini yang dikeluarkan pada Rabu (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE kereta ditutup lebih rendah

Gambar fail kenderaan di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 05:51PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 05:52PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terkini yang dikeluarkan pada Rabu (21 Nov).

Premium COE kereta hingga 1,600cc dan 130bhp atau Kategori A ditutup pada S$25,000, turun daripada S$28,199.

Premium COE kereta lebih berkuasa tinggi di bawah Kategori B pula jatuh kepada S$31,101berbanding S$32,302.

Bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecualai motosikal, premium COE susut kepada S$30,959 berbanding S$32,000.

Sementara itu, premium COE bagi motosikal ditutup pada S$2,989, naik daripada sekitar S$2,509 dalam bidaan terakhir.

Premium COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan barangan dan bas, merosot kepada S$27,509 berbanding S$29,501.

Sebanyak 6,950 bidaan diterima dengan kuota sebanyak 5,045 COE yang disediakan.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan