Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori

Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (7 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup lebih tinggi bagi kebanyakan kategori
Diterbitkan : 07 Apr 2021 05:29PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 05:30PM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (7 Apr).

Bagi kenderaan dalam Kategori A atau sehingga 1,600cc dan 130bhp, premiumnya ditutup pada S$45,600, berbanding S$44,589 dua minggu lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B, naik kepada S$52,309 dari S$47,001.

Harga COE bagi kenderaan komersil yang termasuk kenderaan muatan dan bas turun kepada S$36,134 daripada S$39,589 sebelum ini.

Premium motosikal pula ditutup pada S$8,000, berbanding S$7,791 dalam bidaan lalu.

COE bagi Kategori Terbuka yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan namun biasanya digunakan untuk kereta besar, naik kepada S$52,200 berbanding S$47,806.

Secara keseluruhannya, sebanyak 4,594 bidaan diterima dengan kuota 2,960 COE diperuntukkan. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan