Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE ditutup lebih rendah dalam bidaan terkini

 Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terkini pada Rabu (23 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE ditutup lebih rendah dalam bidaan terkini
Diterbitkan : 23 Jun 2021 04:38PM Dikemas Kini : 23 Jun 2021 04:39PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terkini pada Rabu (23 Jun).

Bagi kenderaan dalam Kategori A, atau sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada S$47,821, jatuh daripada S$48,510 dalam bidaan lalu.

Harga COE bagi kereta besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B merosot kepada S$56,032 berbanding S$60,109 sebelum ini.

Sementara itu, harga COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas turun sedikit kepada S$37,000 daripada S$37,002 dalam bidaan lalu.

Premium motosikal pula ditutup pada S$8,501, merosot daripada S$8,703 dalam bidaan lalu.

Premium untuk Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, merosot kepada S$58,001 daripada S$61,112.

Secara keseluruhannya, sebanyak 4,022 bidaan diterima dengan kuota 2,760 COE diperuntukkan. Kuota COE bagi Mei hingga Julai ditetapkan pada 16,010 iaitu yang terendah dalam lebih enam tahun.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan