Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Harga COE bagi Kategori A capai paras tertinggi dalam lebih 6 tahun

Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi semua kategori kecuali kategori terbuka ditutup lebih tinggi  dalam bidaan terbaru pada Rabu (8 Dis) dengan harga bagi Kategori A mencapai paras rekod dalam lebih enam tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Harga COE bagi Kategori A capai paras tertinggi dalam lebih 6 tahun

Keadaan lalu lintas di Singapura. (Gambar fail: Hester Tan)

Diterbitkan : 08 Dec 2021 05:58PM Dikemas Kini : 08 Dec 2021 06:00PM

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi semua kategori kecuali kategori terbuka ditutup lebih tinggi dalam bidaan terbaru pada Rabu (8 Dis) dengan harga bagi Kategori A mencapai paras rekod dalam lebih enam tahun.

Premium COE bagi Kategori A, atau kereta hingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada S$57,010, naik 3.6 peratus berbanding S$55,001 dalam bidaan lalu. Ia merupakan harga tertinggi sejak November 2015.

Harga COE bagi kereta Kategori B pula ditutup pada S$80,401 berbanding S$79,601.

Sementara itu, COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas meningkat kepada S$45,000 daripada S$43,502 dalam bidaan lalu.

Premium motosikal pula ditutup pada S$9,401, naik sedikit berbanding S$9,381 dalam bidaan lalu.

Premium bagi Kategori Terbuka, yang biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, jatuh kepada S$85,000 daripada S$86,001.

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,569 bidaan diterima dengan kuota 1,791 COE diperuntukkan.

Premium COE menunjukkan trend meningkat, dengan harga COE bagi Kategori B dan kategori terbuka mencecah S$80,000 dalam bidaan 20 Oktober.  

Sumber : CNA/NY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan