Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hanya separuh rakyat S'pura dapat cukup tidur

Hanya separuh orang dewasa rakyat Singapura mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam, menurut satu tinjauan yang dilaksanakan oleh firma kajian pasaran YouGov yang dikeluarkan pada Selasa (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya separuh rakyat S'pura dapat cukup tidur

(Gambar fail: Pixabay/Wokandapix)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 05:21PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 05:23PM

SINGAPURA: Hanya separuh orang dewasa rakyat Singapura mendapat tidur yang mencukupi pada waktu malam, menurut satu tinjauan yang dilaksanakan oleh firma kajian pasaran YouGov yang dikeluarkan pada Selasa (11 Dis).

Meskipun orang dewasa secara puratanya sepatutnya tidur antara tujuh hingga lapan jam sehari, hanya 48 peratus orang dewasa rakyat Singapura yang mendapat tidur selama itu.

Data tersebut, berdasarkan satu tinjauan terhadap 1,022 rakyat Singapura, menunjukkan bahawa empat daripada 10 orang dewasa tidur kurang tujuh jam setiap malam.

Tinjauan tersebut, yang dilaksanakan bulan lalu, mendapati bahawa meskipun tiga peratus rakyat Singapura tidur kurang empat jam sehari, jumlah tersebut naik seganda di kalangan keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan kurang S$4,000.

Selain itu, tiga perempat rakyat Singapura terjaga sekurang-kurangnya sekali semalam, menurut tinjauan.

Lebih separuh jumlah orang yang ditinjau (53 peratus) turut berkata bahawa mereka tidur dengan sebuah objek yang memberi keselesaan seperti patung beruang atau selimut, menurut tinjauan.

Kaum wanita, sebanyak 61 peratus, lebih kerap tidur dengan objek sedemikian berbanding kaum lelaki sebanyak 44 peratus.

Mereka yang berusia antara 25 hingga 34 tahun lebih kerap menggunakan objek selesa (61 peratus) berbanding mereka yang berusia antara 55 tahun dan ke atas (32 peratus).

Bagaimanapun, tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka yang tidur dengan objek selesa mempunyai tidur yang lebih baik atau waktu tidur yang lebih lama berbanding mereka yang tidak, menurut kajian itu lagi.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan