Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir suku Fasa 2 binaan 'lebuhraya' air terpakai siap, ikut jadual dibuka jelang 2025

Kira-kira suku, atau 24 kilometer, daripada sistem terowong bawah tanah sepanjang 100 kilometer untuk menyalurkan air kumbahan dengan lebih pantas sudah siap dibina.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir suku Fasa 2 binaan 'lebuhraya' air terpakai siap, ikut jadual dibuka jelang 2025

(Gambar: Zhaki Abdullah)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 11:01PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 11:08PM

SINGAPURA: Kira-kira suku, atau 24 kilometer, daripada sistem terowong bawah tanah sepanjang 100 kilometer untuk menyalurkan air kumbahan dengan lebih pantas sudah siap dibina.

Fasa 2 sistem kumbahan terowong bawah tanah (DTSS) di bahagian barat Singapura menepati sasaran untuk siap menjelang 2025.

Itu walaupun pembinaannya tergendala ekoran pandemik COVID-19.

Sistem itu menggunakan tarikan graviti untuk menyalurkan air kumbahan melalui rangkaian terowong bawah tanah, ke tiga loji rawatan di Changi, Kranji dan Tuas.

Air kemudian akan dirawat menjadi Airbaru.

Pembinaan kemudahan ini dianggar melibatkan S$10 bilion dan dijangka dapat beroperasi selama 100 tahun.

Ini adalah salah satu prasarana penting negara yang akan dibiayai pemerintah melalui bon SINGA.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan