Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 80% banduan duduki Peperiksaan GCE 'O' lulus sekurang-kurangnya 3 subjek

Seramai 42 daripada 53 banduan yang menduduki Peperiksaan GCE 'O' pada tahun 2020 lulus sekurang-kurangnya tiga subjek, dedah Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 80% banduan duduki Peperiksaan GCE 'O' lulus sekurang-kurangnya 3 subjek

(Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)

SINGAPURA: Seramai 42 daripada 53 banduan yang menduduki Peperiksaan GCE 'O' pada tahun 2020 lulus sekurang-kurangnya tiga subjek, dedah Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Dalam catatan Facebooknya pada Selasa (13 Jan), Dr Faishal turut menumpang gembira atas pencapaian para banduan itu.

"Pendidikan bukan setakat memperolehi keputusan akademik yang cemerlang. Ia mengenai perkembangan dan kemajuan diri. Saya berbesar hati para pelajar menunjukkan sikap positif dan mempunyai tekad yang kuat untuk bersikap bertanggungjawab ke atas pemulihan mereka melalui matlamat pendidikan.

"Saya sangat berbangga dengan usaha dan pencapaian mereka," kata Dr Faishal.

Menurutnya lagi, Sekolah Penjara memainkan peranan penting dalam membantu para banduan memburu peluang akademik.

Ini akan dapat membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan sebaik saja dibebaskan dari penjara dan ini sangat penting bagi membantu mereka pulang ke pangkuan masyarakat dan mencegah mereka daripada melakukan kesalahan sekali lagi, kata Dr Faishal.

Sebelum mengakhiri catatannya, Dr Faishal meluahkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai SPS, guru dan sukarelawan yang bertungkus lumus membantu persiapan para banduan dari segi akademik dan emosi untuk menduduki peperiksaan di tengah-tengah penularan COVID-19.

"2020 merupakan tahun yang mencabar bagi para pelajar, termasuk pelajar di Sekolah Penjara. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada para pegawai Jabatan Penjara Singapura (SPS), para guru dan sukarelawan yang menghulurkan bantuan kepada para pelajar, memastikan kelas-kelas dan persiapan mereka tidak terjejas di tengah-tengah situasi COVID-19," kata Dr Faishal.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan