Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 700 rakyat, penduduk S'pura dibawa pulang dari India

Hampir 700 penduduk Singapura dibawa pulang dari India, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura pada Sabtu (11 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Apr 2020 12:50PM Dikemas Kini : 11 Apr 2020 11:52PM

SINGAPURA: Hampir 700 penduduk Singapura dibawa pulang dari India, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura pada Sabtu (11 Apr).

Pemerintah India menguat kuasakan sekatan pergerakan pada 25 Mac bagi mengekang penularan virus korona, yang meragut 206 nyawa dan menjangkiti lebih 6,700 orang di negara itu.

Semua penerbangan dan perjalanan melalui kereta api sudah digantung, dan perniagaan serta sekolah sudah ditutup.

Seramai 699 rakyat dan penduduk Singapura, yang berdaftar dengan MFA sudah pulang dari India ke Singapura pada Jumaat dan Sabtu.

"Disebabkan oleh sekatan pergerakan di merata India, ramai daripada mereka perlu melakukan perjalanan dari negeri-negeri sekitar untuk sampai ke lapangan terbang New Delhi, Mumbai dan Chennai di mana penerbangan yang ditempah beroperasi," menurut MFA.

Para penumpang itu akan menjalani notis duudk di rumah selama 14 hari di kemudahan yang dikhaskan - sebaik sahaja mereka tiba di Singapura.

Menurut MFA, operasi pemindahan dan lapangan terbang di India diselaraskan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Delhi dan Konsulat Singapura di Mumbai dan Chennai.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan