Images

Hampir 50 ahli farmasi bakal dilatih kesan mangsa keganasan rumah tangga

SINGAPURA: Seramai 46 ahli farmasi akan dilatih untuk mengesan tanda-tanda penderaan dalam kalangan pelanggan.

Ini supaya mereka boleh merujuk mangsa keganasan dalam keluarga kepada talian bantuan khas yang disediakan.

Inisiatif baru itu adalah sebahagian daripada daya usaha pemerintah untuk meningkatkan bantuan bagi menangani kes keganasan rumah tangga.

Rangkaian pasar raya FairPrice yang mengendalikan Unity Pharmacy mengalu-alukan kerjasama dengan
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk melngkapkan ahli farmasi mereka dengan kemahiran untuk mengesan tanda-tanda dan gejala keganasan dalam keluarga.

MSF juga bekerjasama dengan MUIS untuk menjalankan latihan mengenai cara menangani isu itu bagi asatizah di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Setakat ini, lebih 200 asatizah sudah dilatih untuk meningkatkan kesedaran tentang keganasan dalam keluarga.

Menteri Negara MSF Cik Sun Xueling, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak bagi keganasan keluarga berkata dengan lebih banyak tempat mengesan mangsa disediakan, akan membantu mereka mendapatkan bantuan lebih awal.

Pasukan bertindak tersebut mengadakan perbincangan fokus pertama mereka secara maya pada Ogos.

Dalam sesi perbincangan akan datang, kumpulan fokus itu akan memberi tumpuan kepada isu-isu seperti keupayaan seseorang untuk menangani konflik.

Ia dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan dengan saranan-saranannya diumumkan pada April 2020.

- CNA/NZ/SU/tq

Top