Images
  • national day awards

Hampir 5,000 anggota masyarakat terima Anugerah Hari Kebangsaan

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyampaikan pengiktirafan kepada hampir 5,000 penerima hari ini (1 Dis) sebagai sebahagian daripada Anugerah Hari Kebangsaan.

Anugerah diberikan kepada pemimpin yang berkhidmat untuk menggalas pelbagai peranan dalam masyarakat termasuk kesenian, perkhidmatan awam dan undang-undang.

Encik J Y Pillay mengungguli senarai penerima, meraih anugerah Perintah Temasek dengan Kepujian. Beliau adalah pengerusi yang paling lama berkhidmat di Majlis Penasihat Presiden, dari 2005 hingga Januari tahun ini.

Sewaktu tempoh perkhidmatannya, beliau menerajui satu semakan yang membawa kepada pengeluaran pertama kali daripada rizab terdahulu Singapura semasa krisis kewangan sejagat.

Seorang lagi anggota majlis tersebut dan mantan Anggota Parlimen Lim Chee Onn menerima pengiktirafan kedua tertinggi - Perintah Nila Utama dengan Kepujian Tinggi.

Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Ho Peng dan Pengerusi Penasihat Lembaga Majlis Bahasa Melayu Yatiman Yusof pula masing-masing menerima Pingat Jasa Gemilang. 

- CNA/FZ/fz

Top