Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 2,500 permohonan diterima sejak Geran Tukar Beli e-skuter (ETG) dilancarkan

Hampir 2,500 pekerja penghantaran makanan sudahpun memohon untuk mengganti peranti mereka dalam minggu pertama Geran Tukar Beli e-skuter (ETG) dilancarkan.  

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 2,500 permohonan diterima sejak Geran Tukar Beli e-skuter (ETG) dilancarkan

Terdapat sekitar 7,000 penghantar makanan menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) yang digajikan oleh GrabFood, Foodpanda dan Deliveroo di Singapura.

Diterbitkan : 22 Nov 2019 08:46PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 08:47PM

SINGAPURA: Hampir 2,500 pekerja penghantaran makanan sudahpun memohon untuk mengganti peranti mereka dalam minggu pertama Geran Tukar Beli e-skuter (ETG) dilancarkan.

Dalam catatan Facebooknya, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan ia akan terus mendekati dan menyediakan sokongan kepada mereka yang terjejas dengan larangan e-skuter.

Foodpanda menyatakan lebih sepertiga daripada penunggang mereka yang layak sudahpun menerima ETG manakala 10 peratus pekerja penghantaran Deliveroo memohon bagi geran tersebut, dengan kebanyakan daripada mereka menerima kelulusan.

Geran yang dibiayai bersama oleh LTA menyediakan pekerja penghantaran makanan yang menunggang e-skuter sehingga S$1,000 untuk menukar alat mobiliti peribadi (PMD) kepada peranti lain yang diluluskan.

ETG adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Peralihan (TAP) yang diumumkan pemerintah.

Di bawah pakej tersebut, mereka yang terjejas juga diberi nasihat kerjaya, khidmat pemadanan pekerjaan dan bantuan kewangan jangka pendek.

Para penunggang perlu memohon bagi mendapatkan geran tersebut menerusi syarikat penghantaran makanan masing-masing.

Permohonan bagi ETG ditutup pada 31 Disember ini.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan