Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 2,300 orang maut pada 2016 akibat merokok

2,278 orang meninggal dunia pada 2016 akibat merokok atau terdedah kepada asap rokok orang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Oct 2018 05:13PM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 08:56PM

SINGAPURA: 2,278 orang meninggal dunia pada 2016 akibat merokok atau terdedah kepada asap rokok orang lain.

Ini bermakna purata enam orang meninggal dunia setiap hari kerana penggunaan tembakau.

Demikian dedah Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, dalam sesi parlimen hari ini (2 Okt).

Satu Tinjauan global 2016 mengenai Beban Penyakit menunjukkan penggunaan tembakau bertanggungjawab ke atas sekitar 7 peratus beban penyakit di Singapura.

6 peratus daripadanya berpunca dari tabiat merokok secara aktif dan 1 peratus akibat menghidu asap rokok orang lain.

MOH menambah penggunaan tembakau kekal sebagai penyumbang utama beban penyakit di Singapura.

Encik Amrin berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kesan penggunaan tembakau dan akan menggiatkan pendekatan berbilang kaedah untuk mengurangkan penggunaan tembakau di Singapura. Ini termasuk pendidikan awam, khidmat-khidmat berhenti merokok dan undang-undang kawalan tembakau.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan