Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 13 tan sisik tenggiling bernilai S$52 juta dirampas di Singapura

Pihak berkuasa tempatan menyita kiriman hampir 13 tan sisik tenggiling.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2019 06:58PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 10:13PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa tempatan menyita kiriman hampir 13 tan sisik tenggiling.

Jumlah rampasan itu adalah salah satu yang terbesar di dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu pihak berkuasa juga menemui hampir 180 kilogram gading yang telah dipotong-potong atau diukir. Sisik tenggiling dan gading itu ditemui di dalam sebuah kontena 40 kaki di Stesen Pemeriksaan Eksport Pasir Panjang.

Kontena itu diisytiharkan berisi daging lembu beku dan dalam perjalanan dari Nigeria ke Vietnam. Bagaimanapun semasa memeriksa kontena itu pihak berkuasa menemui sisik-sisik tenggiling yang diisi di dalam lebih 230 karung.

Kesemua sisik dianggarkan bernilai kira-kira AS$38.7 juta. Sebanyak 177 kilogram gading yang juga ada di dalam kontena itu pula bernilai lebih AS$88,000.

Perdagangan gading dan tenggiling termasuk sisiknya diharamkan di bawah akta perlindungan haiwan terancam pupus.  

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan