Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hampir 100 laporan penipuan libatkan cabutan bertuah Lazada, Shopee

Sekurang-kurangnya 90 aduan polis difailkan sehingga Ogos lalu berhubung penipuan melibatkan cabutan bertuah palsu Lazada dan Shopee.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 100 laporan penipuan libatkan cabutan bertuah Lazada, Shopee
Diterbitkan : 12 Sep 2019 07:45PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 07:49PM

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 90 aduan polis difailkan sehingga Ogos lalu berhubung penipuan melibatkan cabutan bertuah palsu Lazada dan Shopee.

Menurut kenyataan polis pada Khamis (12 Sep), jumlah keseluruhan yang ditipu bernilai sekurang-kurangnya S$107,000 dalam aduan-aduan yang diterima antara Januari hingga Ogos.

Dalam kes-kes tersebut, mangsa dihubungi oleh penipu yang menyamar sebagai kawan atau pengikut mereka di Facebook dan Instagram.

Para penipu itu kemudian meminta nombor telefon dan gambar kad kredit atau debit mangsa dengan alasan ingin membantu mendaftarkan diri mereka dalam cabutan bertuah kononnya dijalankan oleh Lazada serta Shopee.

Mangsa-mangsa juga diberitahu supaya mengongsikan kata laluan sekali (OTP) yang diterima di telefon bimbit mereka.

Para mangsa kemudian menyedari sudahpun diperdaya setelah mendapati urus niaga kad tanpa izin ke atas akaun-akaun mereka.

Petikan gambar menunjukkan notifikasi yang diterima oleh mangsa dari Shopee. (Gambar: SPF)

Petikan gambar menunjukkan notifikasi yang diterima oleh mangsa dari Shopee. (Gambar: SPF)

Polis menyatakan mereka sudahpun mengesahkan bahawa tiada cabutan bertuah seumpama itu oleh Lazada mahupun Shopee.

Secara berasingan, polis menyatakan para penipu yang menyamar sebagai kawan mangsa di Facebook difahami turut meminta mangsa supaya memberikan nombor telefon serta OTP Grab mereka.

Menurut polis: "Setelah memberikan penipu kod pengesahan 6 angka itu, mangsa kemudian akan hilang akses kepada akaun Grabnya yang kemudian digunakan oleh penipu untuk membeli Razer Gold iaitu kredit maya untuk permainan online".

Polis menasihati anggota awam supaya berwaspada dengan permintaan luar biasa daripada orang yang tidak dikenali selain kenalan di media sosial.

Polis menyatakan: "Sentiasa mengesahkan ketulenan permintaan itu dengan menghubungi kawan anda tetapi jangan berbuat demikian menerusi wadah media sosial kerana akaun tersebut mungkin sudah diambil alih oleh si penipu".

Anggota masyarakat juga tidak seharusnya memindahkan wang, memberikan maklumat peribadi atau kewangan dan OTP mereka kepada sesiapa termasuk keluarga dan rakan-rakan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan