Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hakim tolak permohonan peguam bela rujuk kes fitnah artikel TOC ke Mahkamah Tinggi

Seorang hakim daerah pada Rabu (27 Nov) menolak permohonan seorang peguam bela yang mewakili salah seorang daripada dua lelaki yang didakwa lakukan jenayah fitnah, untuk merujuk satu persoalan undang-undang (question of law) ke Mahkamah Tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Hakim tolak permohonan peguam bela rujuk kes fitnah artikel TOC ke Mahkamah Tinggi

Terry Xu (kiri) and Daniel De Costa (kanan). (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 27 Nov 2019 11:29PM Dikemas Kini : 27 Nov 2019 11:32PM

SINGAPURA: Seorang hakim daerah pada Rabu (27 Nov) menolak permohonan seorang peguam bela yang mewakili salah seorang daripada dua lelaki yang didakwa lakukan jenayah fitnah, untuk merujuk satu persoalan undang-undang (question of law) ke Mahkamah Tinggi.

Editor The Online Citizen (TOC) Terry Xu Yuanchen dan Daniel De Costa, yang dituduh menulis artikel mendakwa berlakunya rasuah dalam Kabinet Singapura, merancang untuk mencabar dakwaan tersebut.

Peguam De Costa, M Ravi berhujah pada hari pertama perbicaraan bahawa kes itu patut dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi persoalan undang-undang.

Soalan tersebut menyentuh hak seorang rakyat untuk mengkritik Pemerintah tanpa dikenakan dakwaan jenayah dan merujuk sama ada Kabinet boleh terjejas oleh jenayah fitnah seperti dalam seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Jika Encik Ravi berjaya dalam permohonannya, dakwaan terhadap anak guamnya boleh dimansuhkan.

Setelah mempertimbangkannya selama beberapa jam, Hakim Mahkamah Daerah Christopher Tan berkata hal itu "tidak layak dirujuk ke Mahkamah Tinggi".

"Saya tidak melihat sebarang persoalan undang-undang berhubung takrifan atau kesan (sebuah artikel) yang melayakkannya untuk dirujuk ke Mahkamah Tinggi," kata beliau.

De Costa dituduh log masuk ke dalam akaun emel lelaki lain untuk menghantar artikel ke TOC untuk diterbitkan.

Artikel tersebut berjudul The Take Away from Seah Kian Ping's Facebook Post, diterbitkan di TOC di bawah nama lelaki lain itu.

Artikel itu mendakwa "kita sudah melihat beberapa kesilapan dasar dan warga asing, campur tangan Perlembagaan, rasuah di peringkat tertinggi dan kelihatannya kurang rasa hormat oleh kuasa asing sejak pemergian bapa pengasas Lee Kuan Yew".

Xu didakwa memfitah para anggota Kabinet Singapura dengan menerbitkan surat itu, yang akan menjejas reputasi para anggota Kabinet.

Encik Ravi juga memohon agar prosiding perbicaraan digantung sementara menantikan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Hari bulan prosiding mendatang, dijadual pada Januari, adalah masih aktif namun Timbalan Ketua Pendakwa Mohamad Faizal berkata beliau tidak akan membantah permintaan Encik Ravi asalkan beliau memfailkan usul jenayah dan hal itu didengarkan oleh Mahkamah Tinggi "secepat mungkin".

Para peguam Xu, yang diketuai Encik Remy Choo, tidak membuat sebarang permohonan pada Rabu. Jika didapati bersalah atas jenayah memfitnah, kedua-dua lelaki boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

De Costa boleh didenda sehingga S$5,000 dan dipenjara sehingga dua tahun atas jenayah komputernya jika didapati bersalah.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan