Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Had 2 penumpang bagi teksi, kereta sewa privet ditarik balik mulai 14 Jun: LTA

Had dua penumpang bagi teksi dan khidmat kereta sewa privet akan ditarik balik mulai 14 Jun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (11 Jun), sejajar dengan pelonggaran sekatan COVID-19 berhubung saiz kumpulan yang dibenarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Had 2 penumpang bagi teksi, kereta sewa privet ditarik balik mulai 14 Jun: LTA

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 11 Jun 2021 09:13PM Dikemas Kini : 11 Jun 2021 09:15PM

SINGAPURA: Had dua penumpang bagi teksi dan khidmat kereta sewa privet akan ditarik balik mulai 14 Jun, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (11 Jun), sejajar dengan pelonggaran sekatan COVID-19 berhubung saiz kumpulan yang dibenarkan.

Pada bulan lalu, LTA mengumumkan bahawa teksi dan khidmat kereta sewa privet hanya boleh membawa sehingga dua penumpang, di tengah-tengah sekatan COVID-19 menyusuli lonjakan kes dalam masyarakat.

Dengan jumlah kes baru yang merosot Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada Khamis (10 Jun) had pada saiz kumpulan dibenarkan bagi perhimpunan sosial ditambah dari dua kepada lima orang mulai 14 Jun.

Namun, pemakaian pelitup masih diwajibkan bagi pemandu dan penumpang teksi, khidmat kereta sewa privet pada setiap masa. Menurut LTA, pemandu teksi dan khidmat kereta sewa privet harus menolak tempahan untuk menghantar penumpang yang tidak memakai pelitup.

Khidmat berkongsi kereta berbayar yang dipadankan melalui wadah seperti GrabHitch dan RydePool juga boleh kembali beroperasi mulai 14 Jun.

Namun, khidmat berkongsi kereta berbayar yang diatur melalui wadah tidak rasmi seperti kumpulan Telegram, masih dilarang.

Perkongsian kereta yang tidak melibatkan bayaran seperti dalam kalangan anggota keluarga atau rakan sekerja juga dibenarkan. Ini tertakluk kepada saiz kumpulan seramai lima individu yang dibenarkan.

Pemandu dan penumpang teksi, khidmat kereta sewa privet sangat digalakkan untuk membawa token TraceTogether atau menghidupkan aplikasi mudah alih TraceTogether bagi memudahkan usaha penjejakan kontak, menurut LTA.

"Pengesanan awal kontak rapat dengan kes disahkan COVID-19 akan bantu melindungi pemandu, penumpang dan orang tersayang mereka, serta mencegah penularan lanjut dalam masyarakat," kata LTA.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan