Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab Tampines Kita siarkan Liga Juara-Juara pada Ahad

Hab Tampines Kita akan menyiarkan perlawanan Liga Juara-Juara antara pasukan bola sepak Liverpool dengan Tottenham Hotspur pada pagi Ahad (2 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Hab Tampines Kita siarkan Liga Juara-Juara pada Ahad

Harry Kane (kiri) dan Mohamed Salah (kanan). (Gambar: Bernd Thissen, Paul Ellis/AFP)

Diterbitkan : 29 May 2019 09:07PM Dikemas Kini : 29 May 2019 09:11PM

SINGAPURA: Hab Tampines Kita akan menyiarkan perlawanan Liga Juara-Juara antara pasukan bola sepak Liverpool dengan Tottenham Hotspur pada pagi Ahad (2 Jun).

Para peminat bola sepak boleh menonton siaran secara percuma pada 3.00 pagi di Town Square hab tersebut yang boleh menampung 5,000 orang.

Dalam satu emel kepada Mediacorp, seorang jurucakap Hab Tampines Kita berkata bahawa para peminat bola sepak boleh mula memasuki tempat itu mulai 6.30 petang. Pelbagai program dan kegiatan akan diadakan sebelum tayangan perlawanan.

Sekiranya tempat sudah penuh di Town Square, para peminat juga boleh menonton perlawanan dari Festive Plaza, yang boleh menampung beberapa ribu penonton, kata jurucakap itu.

Jika tempat itu juga penuh, mereka masih boleh ke Central Plaza, yang boleh menampung beberapa ratus lagi orang.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan setiap orang yang memilih untuk mengunjungi OTH minggu ini bagi perlawanan akhir tidak pulang hampa," tambah jurucakap itu.

Cawangan F&B 24-jam dan pasar raya di hab itu akan beroperasi seperti biasa, bersama beberapa pengendali makanan yang lain di Central Plaza.

Hab itu akan menyiarkan tiga filem berturut-turut di Town Square sebelum perlawanan tersebut. Kegiatan-kegiatan melukis wajah (face painting) dan 'foosball' (bola sepak meja) juga ditawarkan kepada semua pengunjung.

Spurs akan berentap dengan Liverpool dalam perlawanan akhir kelab elit Eropah di Stadium Wanda Metropolitano di Madrid pada Ahad.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan