Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hab Tampines Kita, Poliklinik Ang Mo Kio terima anugerah BCA bagi reka bentuk inklusif

Hab masyarakat bersepadu pertama Singapura, Hab Tampines Kita, merangkul anugerah tertinggi bagi reka bentuk yang universal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Apr 2019 11:23PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 11:27PM

SINGAPURA: Hab masyarakat bersepadu pertama Singapura, Hab Tampines Kita, merangkul anugerah tertinggi bagi reka bentuk yang universal.

Ia antara 37 projek yang menerima pengiktirafan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) bagi reka bentuk inklusif dan menerapkan ciri kemasyarakatan.

Majlis penyampaian anugerah akan diadakan bulan depan.

Lebih 18 juta orang mengunjungi Hab Tampines Kita tahun lalu. Ia satu rekod bagi hab sehenti tersebut yang dibuka secara rasmi pada 2017.

Pelbagai kemudahan sukan dan gaya hidup disediakan di bangunan itu yang boleh menampung lebih 250,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang.

Ini termasuk enam kolam renang bagi kegunaan para atlit, kanak-kanak dan golongan keperluan khas serta ciri-ciri seperti koridor luas dan kaunter-kaunter yang rendah.

Perpustakaannya yang meliputi lima tingkat pula mempunyai sebuah studio kulinari, taman permainan dan ruang masyarakat.

Projek itu menerima pengiktirafan Anugerah Platinum BCA.

Di samping itu, hab tersebut juga mempunyai sebuah pusat penjaja, ruang acara serta Pusat Khidmat Awam bagi tujuh agensi pemerintah di bawah satu bumbung.

Seramai 15,000 penduduk Tampines terlibat semasa proses reka bentuk hab itu.

Satu lagi projek yang mendapat pengiktirafan adalah Poliklinik Ang Mo Kio yang baru.

Setinggi enam tingkat, bangunan itu direka dengan ciri-ciri yang memudahkan para penggunanya. Misalnya, sebuah mesin yang membolehkan para pesakit berkerusi roda mendapatkan rawatan gigi tanpa perlu beralih ke kerusi lain.

Para pesakit yang mengalami pergerakan terhad pula boleh mengambil sampel darah tanpa perlu naik ke tingkat atas menerusi satu sistem tiub pneumatik.

Anugerah Reka Bentuk Universal BCA dilancarkan pada 2012 bagi mengiktiraf projek-projek yang menerapkan ciri mesra pengguna. 

Sumber : CNA/HZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan